PENYAKIT



































Senarai Penyakit yang sering terjadi pada manusia


Diagnosis pelbagai:

Ceria menawan: Buasir lumrah ibu hamil
TATKALA usia kandungan Tina mencecah enam bulan, dia mula mengalami kesukaran membuang air besar. Walaupun teliti dalam soal pemakanan serta mematuhi nasihat doktor, guru berusia 27 tahun itu tetap diserang sembelit.  berita penuh
Urut atasi masalah sakit belakang
JIKA sentuhan dianggap terapi yang mampu mendamaikan perasaan, bagaimana pula dengan berurut? Percayalah, pasti ramai setuju jika dikatakan urut adalah kaedah terbaik untuk meredakan ketegangan.  berita penuh
Kudis buta biak bawah kulit
KUDIS buta pasti membuatkan si kecil tidak senang duduk kerana asyik menggaru tanpa henti sekali gus menyebabkan luka semakin teruk. Kanak-kanak memang senang terdedah kepada penyakit itu, tambahan pula kudis buta mudah berjangkit. Fenomena kurang menyenangkan itu sudah tentu merisaukan ibu bapa terutama yang menghantar anak ke pusat asuhan atau tadika. berita penuh
Kesan masalah penglihatan anak bermula sejak bayi
IBU BAPA pasti gembira jika melihat bayi mereka tersenyum atau memberi reaksi terhadap gerakan tangan atau usikan yang dilakukan. Bagaimanapun, tahukah anda penglihatan bayi baru lahir sebenarnya kabur dan tidak dapat melihat dengan jelas apa yang anda lakukan di hadapan mereka.  berita penuh
Kelakian menurun pada awal usia 40-an 
ADAKAH anda seorang lelaki ber­umur sekitar 40-an dan mempu­nyai ciri fizikal seperti perut buncit dan masalah berat badan berlebihan? Setiap hari cepat letih, lesu dan mengantuk selepas makan malam serta tidak berselera mengadakan hubungan seks.  berita penuh
Masalah hormon testosterone rendah
1. Keinginan melakukan hubungan seks menurun. 2. Erektil disfungsi (ED). 3. Mudah murung. 4. Kelesuan.  berita penuh



Maklumat parasit fauna dikemas kini
MUZIUM Natural History London dan British Council Kuala Lumpur akan bekerja­sama de­ngan sekumpulan penyelidik tempatan bagi membantu mengemas kini data kajian terdahulu berkaitan parasit fauna di negara ini yang boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan menerusi projek ‘Paracital Fauna Malaysia’.  berita penuh
Kalsium kuatkan tulang, gigi sihat 
TAHUKAH anda keperluan hari­an kalsium bagi orang dewasa ialah antara 1,000 hingga 1,200 miligram (mg) sehari? Bagaimanapun, purata rakyat Malaysia hanya mengambil kira-kira 400 hingga 500 mg kalsium sehari. Ini bermakna hampir separuh daripada keperluan harian kalsium tidak dipenuhi.  berita penuh
Sana-sini
Golongan pekerja yang bertugas mengikut syif atau tempoh tertentu secara bergilir-gilir, lebih terdedah kepada risiko barah prostat bagi lelaki dan barah payu dara bagi wanita.  berita penuh
Pewarna punca masalah rambut
RAMBUT ibarat mahkota. Tidak kira wanita mahupun lelaki, rambut adalah lambang penampilan diri. Hakikat itu menyebabkan ramai mengambil berat mengenai penjagaan rambut. Bagaimanapun, masih ada individu tidak dapat menangani masalah rambut kurang sihat. Keadaan itu pastinya merunsingkan, lebih-lebih lagi apabila melihat rakan memiliki rambut cantik dan sihat.   berita penuh
Coklat bukan penyebab utama obesiti, jerawat
TERBAYANG keenakan strawberi cecah coklat, pemanis mulut kegemaran penyanyi nombor satu negara yang kini bergelar Datin Siti Nurhaliza. Bukan semua orang ‘seberani’ Siti menjadikan coklat sebagai pilihan terutama mereka yang giat menguruskan badan. Apatah lagi frasa ‘Coklat menggemukkan!’, menjadi taboo yang masih menghantui masyarakat terutama wanita.  berita penuh
Rotavirus punca radang perut akut
IMRAN yang berusia lima minggu dikejarkan ke unit rawatan rapi apabila ibu bapanya menyedari ada lingkaran hitam di mulutnya. Tekanan darah Imran turun secara mendadak sekali gus menghalang perjalanan darah ke organ dan doktor hampir tidak dapat membaca tekanan darahnya.   berita penuh
Kesihatan Anak: Bayi perlu zat besi
MASALAH anemia yang disebabkan kekurangan zat besi antara perkara yang kerap berlaku pada kanak-kanak. Lebih kurang 10 peratus remaja perempuan dan kanak-kanak mengalami masalah kurang zat besi.   berita penuh
Isotonik bantu tambah cecair badan
Minuman isotonik selalunya dikaitkan dengan sukan dan acara. Bolehkah individu yang tidak begitu aktif minum minuman isotonik?
Ketika minuman isotonik mula dicipta, nama serta peranannya di dalam pasaran adalah untuk tujuan sukan dan ketahanan. Minuman isotonik memang memberikan faedah langsung kepada mereka yang terbabit di dalam aktiviti fizikal dengan cara menyediakan penghidratan semula dengan segera.  
berita penuh


Madu asli rawat luka dua minggu
MADU adalah rawatan perubatan kuno yang sudah digunakan sejak beberapa abad lalu untuk merawat ulser, penglupasan, jangkitan mata, tekak dan menyembuhkan luka akibat terkena peluru.  berita penuh
Kesihatan Anak: Rawat segera jika tahap jaundis tinggi
JAUNDIS adalah keadaan di mana kanak-kanak menjadi kuning di kawasan putih mata atau kulit disebabkan oleh tahap bilirubin yang lebih tinggi daripada normal. Bilirubin pula adalah bahan yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah.  berita penuh
Risiko akibat kafein berbeza
Kanak-kanak patut diberi minum kopi seawal usia lapan tahun MUNGKIN anak anda gemar menikmati secawan kopi setiap pagi sebelum ke sekolah atau anda yang membancuhkannya setiap malam sebagai teman mengulangkaji pelajaran.  berita penuh
Fakta, mitos berkaitan minuman isotonik
Fakta 1: Minuman isotonik baik dalam menggalakkan penghidratan berbanding lain-lain minuman.  berita penuh
Ceria Menawan: Tenaga haba, warna bantu awet muda
CANTIK memberi istilah berbeza bagi setiap individu. Namun, fokus yang dititikberatkan wanita ialah bentuk badan menawan hingga kadang-kala terlupa sejenak pada kepentingan bahagian lain seperti keadaan kulit wajah.  berita penuh
Ecstasy cubaan membunuh diri secara senyap
ECSTASY cukup popular di kala-ngan anak muda kerana dikatakan mampu merangsang untuk berseronok ke tahap maksimum. Populariti dadah ini di pusat hiburan berban-ding jenis lain menyebabkan ia dilabel de-ngan pelbagai nama menarik seperti ‘club drug’, ‘pink lady’, ‘apple’ atau ‘love drug’. Tidak hairan, kaki disko sanggup berbelanja besar semata-mata ingin memenuhi nafsu diri. Apabila rangsa-ngan emosi dan stimulasi berlaku serentak, stamina individu akan meningkat seterusnya membolehkan mereka rancak menari tanpa henti. Dianggarkan sebiji pil ecstasy mencecah RM100 malah di pasaran kini terdapat pelbagai pil tiruan berharga antara RM20 hingga RM40 sebiji. Dulu, bahan yang dikenali sebagai dadah rekreasi itu adalah ubat bagi psikoterapi  berita penuh
Diagnosis: Dwipolar sakit mental kronik
BERBANDING skizofrenia, dwipolar yang juga cabang penyakit mental kurang diketahui umum. Dianggarkan 10 peratus penduduk di negara ini dilanda tekanan perasaan tahap kritikal, namun hanya 20 peratus daripada 2.7 juta itu bertemu pakar.  berita penuh
G6PD serang bayi lelaki
G6PD? Pasti ramai tertanya-tanya apakah ia satu penyakit atau gejala yang membahayakan khususnya kepada bayi? G6PD atau Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase adalah sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh melemahkan sel darah merah seterusnya menyebabkan ia mudah pecah terutama apabila penghidap terdedah kepada jangkitan, makanan atau ubat-ubatan tertentu.  berita penuh
Gigi harus dijaga seawal bayi
BARISAN gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya bermula sejak bayi. Justeru, penjagaan gigi seharusnya dibuat sejak bayi berusia enam bulan.  berita penuh
Sisa buangan 'bertakung' jika buah pinggang rosak
MUNGKIN anda tidak menyedari, di Malaysia lebih 2,500 orang mengalami kegagalan buah pinggang peringkat akhir setiap tahun. Angka ini bersamaan dengan kira-kira 100 orang dalam sejuta penduduk setahun.  berita penuh
Penting kekal kelembapan dalam tubuh
TUBUH manusia terdiri daripada 75 peratus air dan 25 peratus bahan pepejal. Begitu juga dengan otak, mengandungi sebanyak 75 peratus air yang mana penghidratan sederhana boleh menyebabkan sakit kepala dan pening. Kebanyakan orang tidak menyedari pentingnya mengekalkan kelembapan badan terutama jika mengamalkan gaya hidup aktif.  berita penuh
Berjalan senaman terbaik, percuma
KESIBUKAN kerjaya membataskan masa bersenam. Tapi anda perlu tahu senaman tidak semestinya dibuat di gimnasium saja. Senaman juga boleh dibuat di rumah, di pejabat atau di taman rekreasi. Mulakan dengan senaman mudah, berjalan!  beritapenuh
Strok, serangan jantung sebab utama kematian
ATHEROTHROMBOSIS, satu perkataan yang agak sukar disebut, tetapi ia menjelaskan mengenai masalah kesihatan yang boleh membawa kematian. Hampir 12 juta penduduk dunia meninggal dunia setiap tahun disebabkan penyakit berkaitan atherothrombosis termasuk strok, penyakit jantung dan PAD (peripheral arterial disease).  berita penuh
Kesihatan Anak: Bayi pramatang perlu jagaan rapi
Boleh doktor jelaskan serba ringkas mengapa terjadi kelahiran bayi pra matang dan apakah masalah kesihatan yang biasa dihadapi?  berita penuh
Vaksin pelentung elak pneumonia, radang otak
WALAUPUN imunisasi adalah cara terbaik mencegah pelentung, tetapi kemungkinan seorang kanak-kanak mengalami pelentung sekali lagi tetap ada walaupun sudah menerima suntikan.  berita penuh
Seksa ketagih syabu
PENGAMBILAN dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) atau Syabu seumpama menempah tiket ke neraka - tidak saja neraka akhirat tetapi juga ‘neraka’ dunia berikutan penagihnya akan mengalami pelbagai kesengsaraan kesihatan dan mental.  berita penuh
Penyakit schizophrenia sukar sembuh
BERBANDING wanita, lelaki yang mengidap penyakit mental atau schizophrenia lebih sukar untuk sembuh kerana beberapa faktor antaranya tanggungjawab komuniti dan tekanan.  berita penuh
Tiroid kerap serang wanita
JIKA berat badan berkurangan walaupun pengambilan makanan tidak berkurang tentu menimbulkan kebimbangan. Apatah lagi kehilangan berat badan berserta dengan kesukaran tidur malam, jantung berdebar kencang, mudah marah dan emosi yang sensitif.  berita penuh
Resdung tiada kaitan `ulat'
DALAM satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung. "Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung," demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit. berita penuh
Alzheimer masih penyakit misteri
ALZHEIMER antara sindrom yang menyebabkan nyanyuk adalah penyakit ‘misteri’ lantaran kemajuan bidang teknologi bioperubatan masih belum dapat mengesan punca penyakit itu dan kaedah rawatan bagi memulihkan pesakit.  berita penuh
Ceria Menawan: Fotoepilasi teknologi buang bulu roma
SETIAP wanita pasti bangga jika dipuji kerana memiliki kulit halus dan licin tanpa bulu roma. Sama ada pada usia remaja atau dewasa, mereka ingin melihat kulitnya licin, segar dan berseri-seri, bukan berbulu dan kelihatan seolah-olah berkumis seperti lelaki, namun tidak semua ciri itu datang secara semula jadi.  berita penuh
Makan berhemah mampu rangsang tenaga
Kesihatan yang baik bermula pada waktu makan. Makanan harian penuh dengan bahan-bahan yang mampu merangsang tenaga, mengelak penyakit dan membuat anda berasa selesa malah kelihatan hebat.   berita penuh
Kesihatan Anak: Susu awal ibu kaya protein, antibodi, vitamin
SUSU ibu bukan saja membantu membina sistem ketahanan tubuh, tetapi memberi perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit berjangkit. Sebenarnya, semakin kerap anda menyusukan bayi semakin banyak susu akan terhasil.  berita penuh
Khasiat susu ibu dan kebaikan kepada bayi
Pergerakan dan persekitaran mendedahkan ibu dengan kuman yang boleh memberi kesan kepada bayi sebelum dilahirkan. Dalam keadaan ini, rahim bertindak melindungi bayi dari kuman. Selepas kelahiran, perlindungan kepada bakteria dan parasit diperoleh pula dari susu ibu.   berita penuh
Minuman sukan tidak sesuai rawat cirit, muntah
Boleh doktor tolong jelaskan mengenai cirit birit? Adakah ia bahaya, kerana anak saya berusia kurang lima tahun kerap mengalami cirit birit.  berita penuh
Ibu makan jamu antara punca bayi hidap jaundis
KEINGINAN untuk cepat kurus, cantik, segar dan mengembalikan ‘keperawanan’ membuatkan ibu tidak sabar-sabar mengambil pelbagai jenis jamu sebaik saja bersalin .  berita penuh
Imunisasi cara pantau perkembangan anak
IBU bapa sering berasa gusar apabila berat badan anak mereka tidak bertambah selepas usianya enam bulan. Kegusaran mereka semakin ketara apabila berat anak mereka kemudian terus menurun walaupun pada awal kelahiran beratnya normal dan digolongkan dalam kategori sihat.   berita penuh
Kesihatan Anak: Kanak-kanak obes berisiko gemuk bila dewasa
Anak saya berhadapan dengan masalah obesiti walaupun usianya belum sepuluh tahun. Bagaimana menangani masalah ini?   berita penuh
Retinopati diabetik boleh sebabkan buta
WALAUPUN ada lebih sejuta penghidap diabetes di Malaysia, kesedaran kepada masalah penglihatan yang dinamakan retinopati diabetek masih kurang. Apa yang membimbangkan, penyakit ini tiada simptom dan kebanyakan pesakit hanya menyedari mereka berhadapan dengan retinopati diabetek pada peringkat kronik.   berita penuh
Kulapuk bahaya pada kanta lekap
KULAPUK adalah sejenis kulat. Spesies kulapuk Fusarium dikaitkan dengan jangkitan kulat berkaitan kanta lekap, yang dikenal pasti di Singapura dan Hong Kong baru-baru ini. Lima puluh enam orang di Singapura dan enam belas orang di Hong Kong didiagnos dengan jangkitan ini.  berita penuh
Rawatan Naturopati tanpa ubat-ubatan
KADANGKALA tekanan perasaan dan ketegangan minda boleh diatasi dengan urutan. Selain itu, memanjakan diri di spa atau bersantai jauh dari kesesakan kota juga boleh dijadikan terapi terbaik. Tidak dinafikan rehat, diet yang betul dan senaman adalah kombinasi terbaik untuk kesihatan.   berita penuh
Air dalam tubuh pengaruhi kesegaran kulit
SATU daripada tips kesihatan dan kecantikan yang selalu kita dengar ialah amalan minum banyak air. Biasanya, pengambilan air dikaitkan dengan kelembapan dan kesegaran kulit.   berita penuh
Otitis media ganggu pendengaran budak
JANGKITAN telinga tengah (otitis media) memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Malah antara 30 hingga 40 peratus kanak-kanak menghadapi masalah kesihatanini.  berita penuh
Ekzema bukan disebabkan kuman
EKZEMA adalah inflamasi kulit yang menyebabkan kulit gatal, bertukar merah dan kadang-kadang boleh berair. Selalunya ekzema disebabkan kulit yang terlalu sensitif tetapi ada banyak sebab lain boleh menyebabkan ekzema berlaku.   berita penuh
Botol plastik PET ancam nyawa
SIKAP tidak suka membazir, termasuk menggunakan sesuatu barangan yang masih elok berulang kali bukan saja terpuji, malah perlu digalakkan. Bagaimanapun jika anda suka menggunakan botol air galian berulang kali untuk suatu jangka masa lama, hentikan segera kerana tabiat itu sebenarnya lebih banyak mengundang keburukan. berita penuh
Suntikan polimer mampu percepat rawat tisu sendi
PEMAIN bola sepak dan ahli sukan terdedah dengan pelbagai kecederaan terutama membabitkan bahagian sendi hingga menyebabkan kerosakan pada tisu tulang rawan. Setiap kali mengalami kecederaan, masing-masing memerlukan masa agak lama untuk sembuh.  berita penuh
Produk kesihatan berasaskan tumbuhan
PRODUK kesihatan sama ada dalam bentuk vitamin, mineral dan makanan tambahan kini dilihat keperluan yang perlu disertakan dalam jadual pemakanan harian individu. berita penuh
Air liur kucing pembawa maut
KUCING dilihat sebagai binatang peliharaan yang manja dan sentiasa dibelai. Bagaimanapun kucing juga boleh menyebarkan kuman “Bartonella Henselae” (B.henselea) yang jika membabitkan komplikasi akan menyebabkan kematian.  beritapenuh
Manual kesihatan untuk hari tua
JABATAN Perangkaan menganggarkan 9.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia akan berusia 60 tahun ke atas pada 2020. Berdasarkan perangkaan itu, negara kini menuju ke arah status negara warga emas menjelang tahun berkenaan.  berita penuh
Isteri bantu suami bila hadapi masalah mati pucuk
ISTERI menjadi tempat curahan hati lelaki di negara ini yang menghadapi masalah Disfungsi Erektil (ED) atau mati pucuk, tetapi pihak lain mempengaruhi sebahagian besar mereka mendapatkan rawatan untuk memulihkan tenaga batin.  berita penuh
Produk pencerah atasi pigmentasi
KAJIAN membuktikan, wanita Asia gemarkan krim pemutih berbanding wanita Eropah. Ini tidak menghairankan, sejak dulu kulit putih dianggap simbol kecantikan dan kejelitaan seseorang wanita.   berita penuh
Bersenam tingkat aliran darah
RAMAI wanita tidak suka bersenam. Justeru walaupun bertubuh kurus, mereka tidak cergas, cepat letih dan kelihatan tidak bermaya. Jangan benci bersenam kerana ia berkait dengan kesihatan dan berupaya membantu mengurangkan risiko serangan jantung, barah kolon, diabetes dan tekanan darah tinggi.  berita penuh
Pneumonia bahaya bagi bayi bawah lima tahun
KANAK-KANAK memang kerap diserang batuk, demam dan selesema terutama jika diletakkan di pusat asuhan kanak-kanak kerana ibu bapa bekerja. Bagaimanapun jangan ambil ringan terhadap kekerapan masalah kesihatan sebegitu kerana ia mungkin sebahagian daripada tanda anak anda mengalami pneumonia.   berita penuh
Kesihatan Anak: Lelah atau asma pulih sendiri apabila usia meningkat
Doktor, anak saya menghidap lelah. Saya sudah mendapatkan rawatan yang sepatutnya tetapi dia masih lagi berhadapan dengan masalah sama. Malah dia kerap dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman. Apa yang perlu saya lakukan untuk membantunya?   berita penuh
Lelaki punca utama gagal dapat anak 
KEGAGALAN pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin memperoleh cahaya mata bukan hanya disebabkan wanita, sebaliknya kajian pakar perubatan mendapati 60 peratus masalah itu berpunca daripada lelaki.  berita penuh
Kanser tiada penawar, tetapi perlu rawatan
APABILA menyebut “kanser”, pesakitnya pasti hanya terbayang kematian terutama di kalangan mereka yang disahkan sudah ke tahap lanjutan rawatan standard seperti kimoterapi atau radioterapi.  berita penuh
Senaman kemut atasi masalah pundi kencing
WANITA yang sihat bukan saja membahagiakan dirinya sendiri tetapi keluarga, tetapi faktor usia, melahirkan anak selain hormon, gaya hidup dan ditambah sikap tidak suka bersenam, seseorang wanita akan berhadapan pelbagai masalah kesihatan berkaitan otot pelvis (atau disebut otot PC - pubococcygeus)  berita penuh
Minyak hati ikan kod elak sakit sendi
KEBANYAKAN rakyat Malaysia tidak memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan kesihatan sendi positif. Lebih 70 peratus daripada responden ketika tinjauan seranta pada 2005 percaya sakit sendi tidak dapat dielakkan kerana ia adalah sebahagian proses penuaan.  berita penuh
Kreativiti, imaginasi anak terhad akibat ditakutkan
“Abang jangan masuk bilik tu gelap, takut… eii… ada hantu,” Ungkapan remeh itu asalnya bertujuan menghalang anak degil atau memudahkan tugas keibubapaan, sebaliknya memiliki kesan psikologi yang tidak remeh pada anak.  berita penuh
Nilai perkembangan anak menerusi pergerakan otot
SAYA seorang ibu muda yang mempunyai anak berusia lapan bulan. Apa yang saya risaukan, anak saya masih belum meniarap, merangkak dan seumpamanya seperti bayi lain. Apabila memegang sesuatu objek, dia tidak memegang dengan lama dan erat. Adakah perkara begini biasa?  berita penuh
Terapi antirival mulut rawat hepatitis B
HEPATITIS B bukan isu kesihatan luar biasa. Vaksin menentangnya sudah diberikan sejak zaman kanak-kanak. Malah, suntikan mencegah hepatitis B disenarai dalam jadual imunisasi kebangsaan sejak 20 tahun lalu.  berita penuh
Pembedahan ACL stabilkan otot lutut
“Kebanyakan pemain bola sepak Malaysia bermain dengan kecederaan ligamen, tidak hairan mereka tidak berupaya beraksi dengan baik dan menjejaskan mutu permainan,” kata Pakar Bedah Ortopedik, Hospital Pusrawi Bhd, Dr Ismail Maulut.  berita penuh
Kesihatan Anak: Darah tali pusat penawar ajaib
SECARA tradisi, tali pusat bayi yang baru dilahirkan akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh sebelum ditanam. Berdekad lamanya, tiada siapa mengetahui keistimewaan darah dari tali pusat dan keupayaannya sebagai penawar ajaib untuk lebih 70 jenis penyakit.  berita penuh
Kekurangan nutrisi punca rambut gugur
RAMBUT adalah mahkota wanita. Justeru apa terjadi jika anda kehilangan mahkota itu? Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone.   berita penuh
Diagnosis: Barah kolorektal serang lelaki
RAMAI kurang mengetahui mengenai barah kolorektal. Mungkin kerana itu, ia sering diabaikan berbanding barah jenis lain di Malaysia sedangkan ia semakin menular sebagai barah pembunuh utama di kalangan lelaki iaitu pada kadar 14 peratus daripada populasi.  berita penuh
Tit Tar rawat kecederaan tulang, sendi
MULA beroperasi empat tahun lalu, Oriental Medicines & Therapy Sdn Bhd (Oriental Tit Tar) mempunyai kepakaran dalam memberikan rawatan untuk kecederaan tulang dan sendi yang disebabkan aktiviti sukan, bekerja atau kemalangan.  berita penuh
OSA punca berdengkur
GANGGUAN Tidur Apnea (OSA) berlaku akibat saluran pernafasan sempit menyebabkan oksigen tersekat ketika penghidap tidur dan menghasilkan bunyi berdengkur.  berita penuh
Tidur waktu sama setiap hari
SETIAP orang perlukan tidur, malah sepertiga kehidupan manusia yang normal dipenuhi dengan keperluan semula jadi ini. Bagi kebanyakan orang, tidur bukan masalah besar. Sebaik saja kepala bertemu bantal, kelopak mata tertutup dan tidur lena hingga pagi keesokan hari.  berita penuh
Pakar Kanak-kanak: Gatal kulit mungkin tanda alami aczema
Anak saya kini berusia tiga tahun. Sejak umurnya empat bulan saya dapati dia mengalami gatal-gatal kulit, sering menggaru terutama di bahagian siku, kepala, badan dan kaki, kadang-kadang sehingga luka.  berita penuh
Vaksin kembara elak risiko jangkitan penyakit
SAMA ada bercuti atau bertugas, kembara dari satu negara ke satu negara terutama ke negara dunia ketiga yang tidak memiliki kemudahan asas lengkap, mempunyai risiko sangat besar kepada kesihatan.  berita penuh
Ibu bapa punca anak kurang selera makan
KITA sering mendengar keluhan daripada ibu bapa yang mengatakan anak mereka kurang selera makan. Kebimbangan mereka memuncak apabila mendapati berat anak mereka terus menurun.   berita penuh
Pembedahan ikat perut atasi gemuk melampau
JIKA berat badan melebihi BMI (body mass index) 37.2, senaman dan pil langsing mungkin bukan pilihan terbaik untuk kurus. Begitu juga kaedah menyedut lemak.  berita penuh
Alahan susu, intoleransi laktosa berbeza
KEBANYAKAN ibu bapa sering terkeliru antara alahan kepada susu dengan intoleransi kepada laktosa. Apatah lagi kedua-duanya membabitkan kanak-kanak yang menyusu susu formula dan menunjukkan simptom yang hampir sama.   berita penuh
Nutrisi terbaik daripada ibu
MEMBERI yang terbaik untuk anak anda ialah tanggungjawab tanpa kompromi. Justeru, memberi susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya hingga dia berusia enam bulan satu pilihan yang sangat bijak.   berita penuh
Bakteria keratitis kaburkan penglihatan
PELBAGAI jenis dan warna kanta lekap boleh diperoleh di pasaran ketika ini yang digunakan sama ada untuk kecantikan atau kesihatan.  berita penuh
SMA penyakit genetik kepupusan otot tulang
ANIS, 8, kelihatan seolah-olah tiada kurang dan cacat celanya. Sesuai usia yang masih hijau, tutur katanya ikhlas, petah dan ceria, bertanya, berbual dan bermain baik dengan rakan-rakan dan sesiapa yang mendekatinya.  berita penuh
Diet kawal berat badan
KETIKA ini, rawatan pesakit SMA bergantung kepada kumpulan otot yang terbabit dan tahap keseriusannya. Antaranya, fisioterapi untuk otot kaki dan otot pernafasan, masing-masing bagi mengelakkan struktur kaki mengecil dan mengurangkan risiko mendapat jangkitan paru-paru.  berita penuh
Diagnosis: Serangan radikal bebas
RAMAI mengenali penyakit seperti kanser, jantung, diabetis dan artritis, tetapi kurang menyedari mengenai radikal bebas dan antioksidan, sedangkan ia adalah antara penyebab kepada masalah berkenaan.  berita penuh
Gila meroyan
DI KALANGAN orang Melayu masalah tekanan perasaan dalam atau selepas pantang disebut ‘gila meroyan’ dan kerap kali dikaitkan dengan masalah gangguan makhluk halus atau melanggar pantang.  berita penuh
Berurut, jaga makan ketika berpantang
SEORANG pengamal perubatan tradisional, Siti Rosemynah Othman, berkata kebanyakan wanita yang menghadapi masalah gila meroyan berpunca daripada keletihan dan tidak menjaga pantang.  berita penuh
Pakar Kanak-kanak: Alahan punca sakit perut
Istilah ‘sakit perut’ ialah satu huraian, bukan diagnosis. Dalam kegunaan biasa iaitu di kalangan bukan pengamal perubatan, ia bermaksud perasaan sakit yang timbul dari ulu hati hingga ke kawasan suprapubik (kawasan di atas tulang pubik).  berita penuh
Walker lambatkan berjalan
KAJIAN sekumpulan penyelidik Ireland yang dilaporkan British Medical Journal, bayi yang menggunakan walker didapati merangkak, berdiri dan berjalan dalam usia yang agak lewat berbanding bayi tidak menggunakannya.  berita penuh
Barah pundi kencing kerap serang lelaki
BARAH pundi kencing bukan saja menyebabkan masalah kepada pundi kencing tetapi boleh berulang meskipun selepas rawatan. Di Malaysia, barah pundi kencing bukan penyakit luar biasa.  berita penuh
Mudah dirawat peringkat awal
PADA umumnya barah pundi kencing peringkat awal mudah dirawat. Jika ia tidak melepasi bahagian lain di luar pundi kencing atau tembus ke otot, rawatannya hanya dalam bentuk laser.  berita penuh
Makanan punca alahan
PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek “allon argon” yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik.  berita penuh
Tanda lahir tidak membahayakan bayi
SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.  beritapenuh
Diabetes ibu banyak penyakit
KENCING manis yang tidak dirawat boleh disifatkan sebagai ibu segala penyakit. Kencing manis atau diabetes boleh menjadi punca penyakit lain seperti penyakit jantung, angin ahmar, penyakit kronik ginjal dan ulser kaki.  berita penuh
Masalah kulit bukan genetik
ADAKAH anda pasti rutin penjagaan kulit wajah yang diamalkan setiap hari adalah betul? Adakah anda benar-benar mengenali kulit wajah dan memenuhi keperluannya untuk kekal sihat dan cantik?  berita penuh
Rakan, mahu seronok punca remaja merokok
SEORANG ibu memasuki bilik anak lelakinya untuk mengemaskan bilik, ketika pembantu rumahnya bercuti. Bagaimanapun, dia terkejut apabila terjumpa sekotak rokok tersorok dalam almari pakaian.  berita penuh
Herba pelengkap kepada perubatan moden
PERSEPSI perubatan moden adalah penawar terbaik untuk setiap jenis penyakit adalah tidak tepat apabila laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan 80 peratus penduduk dunia bergantung kepada rawatan tradisional.   berita penuh
Chikungunya berpunca sikap abai kebersihan 
SEBELUM ini kita tidak pernah tahu apa itu chikungunya, tetapi selepas penyakit itu menyerang perkampungan nelayan di Lumut, Perak baru-baru ini chikungunya menjadi sangat popular. Mujurnya penyakit itu tidak menyebabkan kematian, malah boleh sembuh dengan sendirinya dalam tempoh empat ke 10 hari walaupun tanpa rawatan dan serangannya tidak membawa rasa panik dan ketakutan seperti mana denggi.  beritapenuh
Bayi biru tanda masalah jantung
BAYI baru lahir yang dalam keadaan kebiru-biruan selalu dikaitkan dengan masalah jantung berlubang. Sebenarnya permasalahan jantung bagi bayi dan kanak-kanak lebih besar.  berita penuh
Pneumococcal ancam nyawa bayi
SUDAHKAH carta imunisasi anakanak anda dipenuhi mengikut jadual? Adakah anda tahu risiko yang bakal dihadapi jika satu daripada 10 imunisasi yang tercatat dalam Jadual Suntikan Kebangsaan bagi kanak-kanak bawah usia dua tahun tidak dipenuhi? berita penuh
Pembunuh senyap
PENYAKIT jantung adalah satu daripada 10 penyebab utama kematian lelaki dan wanita di Malaysia. Statistik 2002 menunjukkan penyakit jantung dan penyakit aliran pulmonari (berkaitan paru-paru) tercatat dalam 14.5 peratus sijil kematian di hospital kerajaan di negara ini.   berita penuh
Multiple Sclerosis penyakit sistem saraf 
SIMPTOM seperti keletihan, kekaburan penglihatan, pening, kebas dan hilang kawalan pundi kencing kadangkala bertindih dengan simptom pelbagai penyakit lain walaupun sebenarnya pesakit itu berhadapan dengan Multiple Sclerosis (MS) – sejenis penyakit neurologi berkaitan sistem saraf.  berita penuh
Sista ovari ancam wanita dalam diam
BAGI wanita yang sihat, setiap bulan ketika berlakunya kitaran menstruasi, telur dikeluarkan dari satu ovari untuk proses yang dinamakan ovulasi (ovulation). Telur ini melalui tiub fallopian ke rahim.  berita penuh
Ancaman HFMD
APABILA kanak-kanak berhadapan dengan masalah kesihatan, sukar ditafsirkan perasaan ibu bapa. Kanak-kanak tidak pandai meluahkan apa yang mereka rasa. Bagi kanak-kanak berusia kurang lima tahun, mungkin cara meluahkan kesakitan hanya melalui tangisan.  berita penuh
Kesan anemia pada wanita 
ANEMIA adalah masalah disebabkan oleh bilangan sel darah merah kurang daripada kadar normal, menyebabkan kekurangan oksigen yang mampu dipam. Walaupun masalah ini kelihatan tidak serius, namun kekurangan sel darah merah boleh mengancam nyawa sekiranya tidak diberi rawatan.  berita penuh
PAD punca berlaku serangan jantung
CUBA tanya kepada diri sendiri - adakah anda lelaki yang kuat merokok, tidak mengamalkan diet yang sihat dan tidak bersenam? Adakah anda juga kerap terasa letih walaupun berjalan tidak sampai setengah kilometer? Tapi anehnya, keletihan itu akan hilang serta-merta sebaik saja anda duduk dan berehat.  berita penuh
Angin ahmar boleh lumpuhkan badan
PENYAKIT angin ahmar atau stroke, jika menyerang akan menyebabkan mangsa menjadi lemah, lumpuh sebelah badan atau keseluruhannya dan boleh membawa kepada kematian. Apa yang pasti serangan penyakit ini memang sukar diramal.   beritapenuh
Permasalahan katarak 
SEJAK dulu, kajian mengenai katarak tidak pernah berhenti. Apatah lagi hingga kini faktor terjadinya katarak pada bahagian mata manusia belum lagi diketahui. Katarak tidak dapat dielakkan oleh setiap individu. Ia akan menyerang semua orang tetapi faktor cepat dan lambat saja yang berbeza.   berita penuh
Dana cegah HIV, Aids
HIV dan Aids hari ini sudah menjadi isu hak asasi manusia yang cukup besar. Negara maju dan negara miskin berhadapan dengan ancaman cengkaman penyakit ini setiap hari.  berita penuh
Awasi diabetes kanak-kanak
APABILA anak semakin membesar dan mencapai usia baligh, mereka akan berdepan dengan krisis pemakanan. Lazimnya, keadaan ini berlaku disebabkan pengaruh kawan-kawan. Dalam menangani keadaan ini, ibu bapa perlu bijak memahami keadaan anak mereka. Sebaik-baiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar psikologi jika perlu.  berita penuh
Pemantauan pemilik darah ‘0’
? SAYA seorang isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki.Pada awal kehamilan doktor mengesahkan darah saya jenis 'O' negatif. Menurutnya jarang terdapat darah jenis ini. Masalah saya ialah: adakah saya berpeluang hamil anak kedua dan jika hamil, berisikokah anak saya itu terkena penyakit? Jika saya ingin menderma darah, perlukah saya memberitahu bahawa darah saya jenis 'O' negatif?  berita penuh
Risiko bayi tidak jelas jantina
KETAWA dan telatah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Alia (bukan nama sebenar) apabila diagah, seperti kanak-kanak normal yang seusianya.  berita penuh
Bencana alam, kotor punca keracunan makanan merebak
MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara punca utama keracunan makanan ialah gagal atau tidak ambil berat ketika pengendalian dan penyediaan makanan sama ada di rumah, gerai atau restoran. Bakteria berisiko tinggi menyebabkan keracunan.   berita penuh
Kanak-kanak terdedah radang kulit
SI kecil mudah terdedah kepada penyakit hingga kadang kala membuat ibu bapa panik. Antara masalah yang kerap dihadapi mereka adalah atopik dermatitis (AD) atau dikenali juga sebagai atopik ekzema. AD sejenis penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal dan boleh menyebabkan rasa sakit, lara dan resah. Ia berpunca daripada abnormaliti atau ketidaksempurnaan pada sistem keimunan tubuh yang membawa pada kerosakan kulit.  berita penuh
Amalan diet, pemakanan usia tua
APABILA seseorang mencapai usia 50 tahun, pelbagai perubahan berlaku kepada mereka. Bagi wanita, apa yang nyata adalah pada tahap ini mereka akan menghadapi menopause.  berita penuh
Dapatkan keseimbangan gaya hidup 
PADA usia 25 tahun, sistem tubuh sudah berkembang penuh dan berada pada kemuncaknya. Dalam usia ini juga, golongan dewasa mempunyai kawalan penuh terhadap kesihatan dan masa depannya – jika mengawal dan mengamalkan gaya hidup sihat, mereka akan dapat bertahan untuk jangka masa panjang.  berita penuh
Pembunuh si kecil
KANAK-KANAK terutama bawah usia dua tahun terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit. Antara yang biasa, penyakit yang dikenali pneumococcal disease. Lebih satu juta kanak-kanak di negara membangun meninggal dunia disebabkan penyakit itu, manakala di negara industri, dalam setiap 100,000 kes, 160 kematian dicatatkan.  beritapenuh
60 peratus penyakit berkaitan diet
BAYI yang dilahirkan hari ini boleh menjangka hayat mereka mencecah umur 75 tahun bagi lelaki dan 81 tahun bagi perempuan. Bagaimanapun, umur sebenar mereka dapat hidup hanya bergantung juga kepada genetik, persekitaran dan gaya hidup yang dipilih. berita penuh
Bilik air boleh membawa duka
KES kanak-kanak lemas dalam baldi di bilik air harus dijadikan iktibar kepada ibu bapa. Ini kerana bilik air boleh menjadi tempat berbahaya jika dibiarkan kanak-kanak bawah usia enam tahun bermain atau mandi sendirian kerana mereka boleh lemas atau jatuh kerana licin.  berita penuh
Kucing bawa penyakit
RAMAI tidak menyedari bahawa kucing peliharaan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Ada sejenis penyakit dikenali sebagai ‘cat scratch disease’. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan bakteria yang dibawa melalui air liur kucing. berita penuh
Cara menangani selesema burung 
SELESEMA burung yang melanda beberapa negara Asia hari ini dikaitkan dengan virus H5N1. Ia adalah sejenis penyakit yang berjangkit di kalangan spesies burung termasuk ayam, itik dan burung liar yang disebabkan oleh virus influenza jenis A.  berita penuh
Kaitan sindrom metabolik dengan perut buncit
JANGAN fikir buncit perkara biasa. Buncit di perut selalunya mengandungi banyak lemak dan mereka yang mengumpul lemak di perut berbanding di peha dan pinggul lebih berisiko untuk berhadapan dengan sindrom metabolik yang akan menyebabkan penyakit koronari arteri.   berita penuh
Diabetes ancam penduduk Asean
KENCING manis atau diabetes adalah penyakit yang paling biasa dihidapi masyarakat kita. Saban tahun kes kencing manis meningkat. Di seluruh dunia dianggarkan 100 juta orang dijangkiti diabetes dengan tujuh juta daripada mereka adalah penduduk negara Asean.  berita penuh
Ramai tidak peduli kesihatan ginjal
WALAUPUN tidak tersenarai dalam senarai pembunuh utama, tetapi penyakit buah pinggang atau ginjal yang menyebabkan kegagalan organ itu berfungsi tetap boleh mengundang maut jika dikesan ketika pada peringkat kronik.  berita penuh
Cara terbaik berbuka puasa
CUBA kita perhatikan cara dan kerenah orang berbuka puasa setelah seharianberpuasa. Cara kanak-kanak berbeza dengan dewasa manakala lelaki berbeza dengan wanita.  berita penuh
Gastrik bukan alasan tidak puasa
GASTRIK tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa meskipun ramai yang beranggapan tidak makan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan asid di dalam perut bertindak balas menyebabkan perut sakit.   berita penuh
Petua menyusu bayi pada Ramadan
KEBANYAKAN kita tahu susu ibu membekalkan nutrisi yang sangat hebat untuk pembesaran bayi. Selain membekal sistem imunisasi dan pencegahan serangan bakteria tertentu, susu ibu juga berubah rasa dan kandungan zatnya berdasarkan keperluan pembesaran bayi. Formula ini yang menjadi asas kepada penghasilan susu formula bayi yang banyak terdapat di pasaran.  berita penuh
Forensik bantu mahkamah hurai punca kematian
FORENSIK adalah satu cabang ilmu perubatan yang menggunakan fakta, pengetahuan dan kemahiran perubatan untuk membantu menyelesaikan masalah yang bersangkut-paut dengan perundangan.   berita penuh
Barah tulang boleh musnahkan tisu badan
WALAUPUN tidak berada dalam carta barah, pembunuh utama di kalangan warga Malaysia, barah tulang antara penyakit yang harus diketahui kerana kebiasaannya faktor mencetuskan barah ini berpunca daripada darah yang tercemar.  berita penuh
Keguguran buat bakal ibu fobia
KEGUGURAN pada usia dua atau tiga bulan memang sering didengar. Bagi kebanyakan wanita, pengalaman sendiri atau kisah daripada rakan menjadikan mereka lebih berhati-hati pada awal kehamilan.   berita penuh
Gout penyakit kuno boleh menyerang bila-bila masa
GOUT atau dirujuk sebagai “ancient disease” dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.  berita penuh
Bilberry rawat penglihatan
MATA kita betul-betul menakjubkan. Sepanjang hidup, mata kita berupaya menangkap berjuta-juta imej yang berupaya menjadikan kita senyum, imej yang menawan hati atau imej yang membantu kita menjalani kehidupan seharian seperti memandu atau membaca akhbar.   berita penuh